Pakej Penjagaan COVID-19 Dalam Proses Penghantaran Pada Keluarga Malaysia B40
Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.
“Usaha ini antara lain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19,” ucap YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob ketika mengumumkan PPC ini pada 19 September 2021.
Menerusi pemberian PPC ini, setiap keluarga akan menerima empat unit kit ujian kendiri COVID-19, satu unit oximeter, satu unit termometer, 4 unit pelitup muka guna semula dan risalah panduan penggunaan bagi peralatan kesihatan berkenaan. Sebanyak 10,000 unit kotak PPC telah diedarkan bermula semalam.
Gambar-gambar berikut adalah proses pembungkusan semua peralatan kesihatan tersebut sebelum ianya diserahkan kepada Pos Malaysia untuk urusan penghantaran secara berfasa kepada 3.6 juta Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.
———————————————————————————
Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) ini mengandungi:
- 4 Unit Kit Ujian Kendiri COVID-19
- 4️ Unit Pelitup Muka Guna Semula
- 1️ Unit Oximeter
- 1️ Unit Termometer
Terdapat juga risalah panduan penggunaan bagi peralatan kesihatan di atas.
#KeluargaMalaysia
#MalaysiaSihatSejahtera
Rujuk : FB KKM