COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

PENAFIAN BERITA PALSU BERKENAAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK (BOOSTER DOSE)

/ PENAFIAN BERITA PALSU

ProtectHealth ingin memaklumkan dan menafikan bahawa terdapat satu mesej yang tular di aplikasi WhatsApp berkenaan pemberian dos penggalak (booster dose) baru-baru ini yang mengatakan masyarakat awam boleh memilih jenis vaksin untuk diterima.

Untuk makluman semua, ProtectHealth ingin menegaskan bahawa: -

1️⃣ Penerima dos penggalak yang layak tidak mempunyai kebebasan untuk memilih jenis vaksin.
2️⃣ Fasiliti kesihatan juga tidak menyediakan perkhidmatan untuk memilih jenis vaksin dos penggalak kepada mereka layak.

Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa, setiap pemberian dan penerimaan dos penggalak kepada mereka yang layak adalah berdasarkan syor yang telah dikeluarkan oleh jawatankuasa teknikal KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Sehubungan itu, ProtectHealth menasihatkan orang ramai agar berhati-hati, tidak mudah terpedaya dengan berita palsu ini dan sentiasa merujuk fakta daripada pihak berkaitan.

Sebarang aduan dan maklumbalas, boleh dikemukakan kepada Pusat Khidmat Pelanggan ProtectHealth di talian 03 8687 2525 atau info@protecthealth.com.my

palsu1

palsu2

Rujuk : Twitter Protecthealth

Next Post Previous Post