Kenyataan Media KKM - 03/11/2021 : Hasil Dapatan Kajian Keberkesanan Rawatan IVERMECTIN Untuk Pesakit COVID-19 Berisiko Tinggi (I-TECH STUDY)
Berdasarkan hasil kajian I-TECH, ivermectin tidak disyorkan untuk dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan COVID-19 sedia ada kerana ivermectin tidak mengurangkan risiko penyakit COVID-19 tahap teruk. KKM menyarankan agar ivermectin hanya digunakan dalam kajian klinikal dengan pemantauan. Keputusan I-TECH juga selari dengan kajian berskala besar seperti IVERCOR-COVID19 dari Argentina dan TOGETHER dari Brasil yang tidak menyokong penggunaan rutin ivermectin dalam amalan klinikal rawatan COVID-19. Pasukan kajian I-TECH bercadang menghantar data kajian tersebut untuk diterbitkan di dalam jurnal peer-reviewed bagi memberi maklumat tambahan kepada kajian-kajian ivermectin termasuklah meta-analysis.
Kenyataan penuh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah