SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institute of Health and Community Medicine (IHCM-UNIMAS), UKM Medical Molecular Biology (UMBI-UKM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM) dan Malaysia Genome Institute (MGI) telah mengenalpasti sebanyak 1,047 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC), iaitu varian Delta (B.1.617.2).
IHCM-UNIMAS telah mengenalpasti sebanyak 790 kes varian Delta (B.1.617.2), UMBI-UKM telah mengenalpasti sebanyak 113 kes varian Delta (B.1.617.2), iPROMISE-UiTM telah mengenalpasti sebanyak 96 kes varian Delta (B.1.617.2), dan MGI telah mengenalpasti sebanyak 48 kes varian Delta (B.1.617.2).
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 3,692 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 3,672 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;
- 3,432 kes varian Delta;
- 226 kes varian Beta; dan
- 14 kes varian Alpha.
Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;
- 13 kes varian Theta;
- Empat (4) kes varian Kappa; dan
- Tiga (3) kes varian Eta.



Rujuk : FB KPK KKM