COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN SEMASA PROJEK RINTIS GELEMBUNG PELANCONGAN DOMESTIK LANGKAWI

Seperti sedia maklum, Kerajaan telah memulakan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi bermula pada 16 September 2021. Seiring dengan itu, KKM telah melaksanakan semakan ujian saringan COVID-19 dan juga ujian saringan COVID-19 (bagi pelancong yang belum menjalani ujian) sebelum mereka berlepas ke Pulau Langkawi di pintu masuk udara dan laut.

Secara kumulatif dari 16 September 2021 sehingga 4 Oktober 2021 (sehingga jam 12 tengah hari), iaitu kira-kira dua (2) minggu setelah pelaksanaan projek rintis ini, seramai 40,458 orang telah disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi. Ini melibatkan sejumlah 34,038 orang yang telah disaring di tujuh (7) pintu masuk lapangan terbang dan 6,420 orang melalui feri di Kuala Perlis dan Kuala Kedah. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • telah menjalani ujian RTK-Ag, dan daripada jumlah ini, sebanyak 149 kes positif COVID-19 telah dikesan dan 186 individu lagi merupakan kontak rapat kepada 149 kes tersebut. Mereka telah diasingkan dan diberi Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (HSO);
  • telah menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum bertolak ke Pulau Langkawi, dan kesemua keputusan adalah negatif; dan
  • Baki 2,975 orang kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak menjalani ujian COVID-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing.

langkawi

Jadual 1 : Data Kumulatif Saringan COVID-19 Pengembara di Pintu Masuk bagi Gelembung Pelancongan Domestik Projek Rintis Langkawi sehingga 4 Oktober 2021 (sehingga jam 12 tengah hari)

JANGKITAN COVID-19 MELIBATKAN KLUSTER DI LANGKAWI

Pada 26 September 2021 yang lalu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengesan satu (1) kes positif COVID-19 dalam kalangan pelancong ke Langkawi, iaitu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Nilai, Negeri Sembilan. Kes bersama ibu dan ayahnya telah tiba di Langkawi melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Ibu dan ayah kanak-kanak berkenaan sudah menerima vaksinasi lengkap dan saringan RTK-Ag sebelum berlepas ke Langkawi juga disahkan negatif. Mereka juga bukan kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19. Kes adalah tidak bergejala dan kesemua kontak rapat telah diberi Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (HSO).

Pada 1 Oktober 2021 yang lalu pula, JKN Kedah telah melaporkan Kluster Dah Teluk Nibung di daerah Langkawi. Kluster ini dikategori sebagai kluster tempat kerja yang melibatkan penduduk tempatan Langkawi iaitu pekerja dan juga kontak rapat ahli keluarga. Kluster ini tidak berkaitan dengan kes pelancong kanak-kanak yang didapati positif pada 26 September 2021.

Sehingga hari ini, seramai 254 orang telah disaring dengan 59 kes adalah positif COVID-19, 187 individu negatif, dan tiga (3) individu lagi masih menunggu keputusan.

Siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki dari komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja akibat ketidakpatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di tempat kerja dan asrama penginapan. Semua kontak rapat telah dikenalpasti dan dilakukan swab serta diberi arahan HSO selama 10 hari. Sehingga kini, penularan jangkitan adalah terkawal.

Untuk makluman, kesemua kes jangkitan COVID-19 Kluster Dah Teluk Nibung sehingga ini adalah kategori 1 dan 2 sahaja dan semua pekerja telah menerima suntikan dos lengkap vaksin COVID-19.

PEMANTAUAN DAN LANGKAH KAWALAN BERTERUSAN

KKM bersama-sama dengan JKN Kedah dan PKD Langkawi akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan dan akan memastikan langkah pencegahan serta kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy, lebih banyak kawasan gelembung pelancongan dijangka akan dibuka bermula bulan Oktober 2021. KKM akan terus menjalankan kerjasama dengan MOTAC dalam menjalankan penilaian risiko bagi membolehkan lebih banyak lagi tempat pelancongan dibuka dari semasa ke semasa.

KKM ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha membawa negara keluar dari pandemik tersebut. Untuk itu, rakyat diingatkan supaya mengamalkan perkara berikut;

  • Kepatuhan yang tinggi terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan;
  • Memperkukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam semua keadaan. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari kawasan pelancongan, segeralah dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan COVID-19. Sekiranya disahkan positif, lakukan tindakan yang bertanggungjawab dengan mengasingkan diri;

Kita adalah barisan hadapan untuk melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19. Seperti yang disebut YB Menteri Kesihatan, kita tidak selamat sehingga semua selamat.

Rujuk : KPKESIHATAN.COM

Next Post Previous Post