COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS KEBANGSAAN; KESAKSAMAAN DIGITAL MERENTASI USIA

Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan diadakan pada 1 Oktober setiap tahun sesuai dengan pengisytiharan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah menetapkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Pada tahun ini, Hari Warga Emas disambut dengan tema Kesaksamaan Digital Merentasi Usia.

KKM sentiasa komited dalam membangunkan sistem kesihatan negara khususnya bagi memberi sokongan terhadap warga emas. Langkah ini penting sebagai persediaan menghadapi pertambahan jumlah penduduk berusia 60 tahun ke atas. Menurut unjuran PBB, Malaysia dijangka menghadapi penuaan penduduk sekitar tahun 2030 apabila peratusan penduduk berusia 60 tahun ke atas mencecah 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Warga emas merupakan antara kumpulan yang banyak terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Berikut merupakan situasi semasa berkaitan COVID-19 bagi warga emas:

Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan diadakan pada 1 Oktober setiap tahun sesuai dengan pengisytiharan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah menetapkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Pada tahun ini, Hari Warga Emas disambut dengan tema Kesaksamaan Digital Merentasi Usia.

KKM sentiasa komited dalam membangunkan sistem kesihatan negara khususnya bagi memberi sokongan terhadap warga emas. Langkah ini penting sebagai persediaan menghadapi pertambahan jumlah penduduk berusia 60 tahun ke atas. Menurut unjuran PBB, Malaysia dijangka menghadapi penuaan penduduk sekitar tahun 2030 apabila peratusan penduduk berusia 60 tahun ke atas mencecah 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Warga emas merupakan antara kumpulan yang banyak terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Berikut merupakan situasi semasa berkaitan COVID-19 bagi warga emas:

  • Sehingga 30 September 2021, sebanyak 177,220 warga emas (7.9 peratus) telah dijangkiti wabak COVID-19. Sebanyak 106 kluster yang melibatkan warga emas telah dilaporkan. Ini melibatkan sejumlah 3,598 kes positif COVID-19 termasuk 220 kes kematian telah dilaporkan dalam kluster ini.
  • Pada tahun 2021 sehingga Minggu epidemiologi (ME) ke-38, sebanyak 14,248 (56.6%) kes kematian COVID-19 melibatkan warga emas telah dilaporkan. Walau bagaimanapun, tren ini mula menunjukkan penurunan selaras dengan pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 2021 (PICK).
  • Sehingga 29 September 2021, seramai 3,148,438 (87.4 peratus) warga emas telah lengkap divaksin dan seramai 3,365,443 (93.4%) warga emas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sehingga 26 September 2021, seramai 19,641 (66.8%) penghuni dan penjaga di pusat jagaan warga emas telah menerima dos lengkap vaksin. Usaha pemberian vaksin sentiasa diteruskan untuk memastikan golongan berisiko tinggi ini terlindung dari jangkitan COVID-19.

wq

  • PICK fasa 2 yang bermula pada April 2021 kepada golongan warga emas dan rentan telah mula menunjukkan tanda-tanda keberkesanannya. Statistik daripada Hospital Sungai Buloh menunjukkan penurunan ketara kemasukan pesakit warga emas ke hospital bagi kategori 4 dan 5 (Garisan hijau) berbanding golongan dewasa berumur 20 hingga 59 tahun (Graf 1).

SARANAN KKM KEPADA WARGA EMAS DALAM MEMASTIKAN KESIHATAN YANG STABIL

  1. Keperluan mendapatkan suntikan vaksin
    Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas lebih berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 dan mengalami komplikasi yang teruk berbanding golongan lain. Jangkitan bertambah teruk sekiranya warga emas mempunyai komorbiditi seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan barah. Malah proses penyembuhan dan pemulihan juga lebih perlahan dan rumit. Sehubungan itu, warga emas amatlah disarankan untuk mendapatkan vaksin awal kerana;

Kajian (evidence-based study) menunjukkan vaksin COVID-19 selamat untuk diberikan dan kesan sampingan adalah sangat rendah;

  • vaksin COVID-19 dapat melindungi penerima imunisasi dari gejala teruk akibat jangkitan COVID-19; dan
  • data harian kes COVID-19 menunjukkan penurunan kadar kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar penggunaan oksigen dalam kalangan warga emas.
  1. Mendapat nasihat dan rawatan perubatan awal
    Warga emas juga perlu peka dan mengambil berat aspek kesihatan tubuh badan. Warga emas dinasihatkan melakukan saringan kesihatan berkala bagi mengesan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, dan kolesterol supaya intervensi awal dapat dilaksanakan seterusnya mengurangkan komplikasi penyakit yang akan mengakibatkan ketidakupayaan dalam kalangan warga emas. Selain itu, di musim pandemik ini, golongan warga emas disarankan untuk segera lakukan ujian kendiri sekiranya bergejala atau dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran bagi menilai status kesihatan semasa.

  2. Amalkan gaya hidup sihat

Amalan gaya hidup yang sihat dan menjaga kesihatan kendiri sepanjang masa adalah kunci utama penuaan secara sihat. Tip amalan sihat untuk penuaan sihat adalah:

  • Melakukan aktiviti fizikal atau/dan senaman dengan konsisten, kekalkan berat badan yang ideal, tidak merokok/mengambil minuman keras, dapatkan rehat, dan tidur yang secukupnya;
  • Makan makanan seimbang sesuai dengan status kesihatan seperti makan makanan dengan pelbagai jenis makanan, minum air secukupnya enam (6) hingga lapan (8) gelas sehari, minum susu atau pengambilan produk tenusu setiap hari;
  • Amalkan kesihatan mental yang baik dengan berkongsi perasaan/masalah dengan orang lain terutama ahli keluarga, sentiasa bersikap positif dalam kehidupan dan menerima hakikat mengenai perubahan yang berlaku; dan
  • Luangkan masa untuk aktiviti kerohanian seperti beribadat dan aktiviti keagamaan.
  1. Penglibatan keluarga
    Keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam sokongan sosial, mental, dan fizikal kepada warga emas. Ahli keluarga terutama anak-anak perlu bekerjasama untuk menjaga kebajikan warga emas seperti menyediakan kelengkapan asas, melakukan aktiviti fizikal/riadah bersama, makan bersama, menemani ibu bapa untuk melakukan pemeriksaan perubatan secara berkala, dan membantu mereka mempelajari teknologi baharu seperti menggunakan telefon pintar dan komputer.

Ahli keluarga juga perlu bertanggungjawab ke atas warga emas dengan mengambil vaksin dan menjaga SOP walau di mana berada untuk menghindarkan diri mereka menjangkiti golongan berisiko tinggi ini.

Digitalisasi dalam pengurusan COVID-19 kini telah digunakan dengan meluas di negara kita. Oleh itu, golongan warga emas ini harus diberi persediaan dan pendedahan agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan digitalisasi ini seperti pengunaan aplikasi MySejahtera, mencari maklumat berkaitan COVID-19, SOP, dan sebagainya. Teknologi ini juga mampu menjadi penghubung kepada warga emas dengan ahli keluarga yang tinggal berjauhan supaya mereka tidak terputus hubungan serta saling berkomunikasi. Saling hubung menghubungi penting sebagai sokongan untuk kesihatan mental yang baik.

  1. Penglibatan NGO

Tidak dapat dinafikan NGO memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan dan keperluan warga emas. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) telah menjalinkan Kerjasama strategik dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

Sehingga kini, sebanyak 132 buah PAWE telah ditubuhkan meliputi 120 Parlimen dan memberi manfaat kepada 40,073 orang warga emas. PAWE merupakan tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out), dan pembangunan (developmental) kepada warga emas, yang boleh dimanfaatkan oleh warga emas melalui program keagamaan, rekreasi, terapi dan pemulihan, program ceramah kesihatan serta latihan atau kursus yang bersesuaian.

Sekali lagi, KKM mengucapkan Selamat Hari Warga Emas Kebangsaan dengan tema Kesaksamaan Digital Merentasi Usia. Bersamalah kita melindungi warga emas supaya mereka kekal sihat dan selamat dalam pandemik COVID-19 ini.

Rujuk : KPKESIHATAN.COM

Next Post Previous Post