Misi Penghantaran Peralatan Perubatan ke Sabah
SUBANG, 5 Okt 2021 – Misi penghantaran peralatan perubatan ke Sabah diteruskan lagi menggunakan pesawat A400M di bawah tanggung jawab sosial Tentera Udara Diraja Malaysia. Pesawat ini yang membawa 112 silinder oxygen 40L 6.8m3 berserta peralatan perubatan lain berlepas tepat 8.10 pagi dari Pangkalan Udara Subang dan tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu jam 10.30 pagi.
Secara keseluruhannya, 1,488 unit silinder oksigen, 1,008 unit ‘valve’, 20 unit ‘oxygen concentrator’, ‘high flow nasal cannula’ and ‘trolley’ telah dihantar ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah secara berperingkat. Untuk rekod, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut menerima 1,008 unit silinder oksigen, 1,008 unit valve, infusion pump, PAPR, nasal canula, heat breathing tube dan water chamber serta bekalan ubatan iaitu ‘syrup paracetamol’, ‘syrup bromhexine’ dan tablet etoricoxib. Kesemua peralatan perubatan dan bekalan ubatan ini disumbangkan oleh ‘Greater Klang Valley Special Task Force’ dan syarikat-syarikat korporat bagi membantu dalam menangani penularan #COVID19 di kedua-dua buah negeri ini.
Walaupun situasi #COVID19 di Malaysia kini dalam trend menurun, ini bukan alasan kita untuk melonggarkan langkah-langkah kesihatan awam sebelum ini. Bagi pihak KKM, tahap kesiapsiagaan akan terus dipertingkatkan kerana pandemik ini bukanlah yang terakhir yang akan kita hadapi. Tetapi pengalaman ini mengajar kita untuk terus bersedia dan memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan bagi menghadapi ancaman wabak baharu pada masa hadapan.
#MalaysiaPrihatin
#KeluargaMalaysia
Rujuk : FB KKM