Status Terkini Variant of Interest (VOI) dan Variant of Concern (VOC) di Malaysia Sehingga 13/09/2021
Bilangan kes jangkitan COVID-19 dengan VOC dan VOI Mengikut Negeri Sehingga 13 September 2021
Hasil penjujukan genomik oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) daripada 31 Ogos 2021 hingga 13 September 2021 telah mengesan 61 lagi kes jangkitan COVID-19 dengan VOC baharu dengan 59 daripadanya adalah varian Delta dan 2 kes adalah varian Beta.
Secara keseluruhannya, terdapat 1,385 kes COVID-19 dengan VOC dan VOI telah dikesan di negara ini. 1,365 kes (98.6%) adalah VOC dengan 82.3% kes adalah varian Delta. Sarawak mencatatkan kes tertinggi varian Delta dengan 696 kes atau 91.9% daripada kes yang disampel. Malah, 440 kes (38.6%) daripada 1,140 kes varian Delta adalah daripada kes sporadik - saringan kontak rapat.

Rujuk : FB KKM