COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenalpasti sebanyak 23 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dan Institute for Medical Research (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 38 kes yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC), iaitu
• 36 kes varian Delta (B.1.617.2); dan
• Dua (2) kes varian Beta (B.1.351).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,385 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,365 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,141 kes varian Delta, 211 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha. Manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti dilampirkan.







Rujuk : FB Ketua Pengarah Kesihatan KKM

Next Post Previous Post