Gelembung Pelancongan Domestik Projek Rintis Langkawi: Keperluan Menjalani Ujian COVID-19 Sebelum Berlepas
Kerajaan bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan dengan Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September.
Antara faktor yang dipertimbangkan dalam melaksanakan projek rintis Gelembung Pelancongan Langkawi ini termasuk liputan imunisasi lengkap penduduk dewasa di pulau tersebut yang telah mencapai 89.9 % manakala 91.8% penduduk dewasa menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin dan kesediaan operator-operator pelancongan untuk menerima kedatangan pelancong.
Namun, projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ia berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu. Oleh itu, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan kes positif COVID-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif.
Rujuk : FB KKM