COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Tambahan 2 juta dos vaksin kepada Johor

Kuala Lumpur: Kerajaan akan memberi tambahan dua juta dos vaksin kepada Johor, bulan ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tambahan bekalan dos vaksin itu meliputi semua jenis vaksin Covid-19 yang mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Beliau berkata, vaksin akan diagihkan ke seluruh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terdapat di negeri itu.

"Sehingga hari ini, sejumlah 1,362,398 orang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 manakala 540,895 orang menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19 di Johor.
"Secara keseluruhannya, sudah 50.2 peratus populasi dewasa di negeri berkenaan sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Adham berkata, pengagihan tambahan dos vaksin itu akan membantu mempercepatkan lagi sasaran mencapai imuniti kelompok di negeri terbabit.

Rujuk : FB KKM
SUMBER : HARIAN METRO

Next Post Previous Post