COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 47 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC);

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 667 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 647 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 209 kes varian Beta, 424 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 6 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

10821-2

10821-3

10821-4

Rujuk : KPKESIHATAN.COM

Next Post Previous Post