PPV Pandu Lalu OKU Yang Pertama Di Malaysia Mula Beroperasi
PETALING JAYA, 17 JUN 2021 – YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba, telah membuat lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu OKU Sentral di Sime Darby Plantation, hari ini.
Dalam lawatan kerja ini Dr. Adham meninjau pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu OKU Sentral yang merupakan pusat khusus khas untuk OKU (Orang Kurang Upaya) dan PWD (Persons With Disabilities). Pusat vaksinasi pandu lalu ini juga merupakan yang pertama di Malaysia dan di seluruh dunia.
PPV OKU secara pandu lalu ini boleh dijadikan rujukan kepada negeri-negeri lain dan kerajaan juga akan mewujudkan garis panduan untuk memastikan komuniti OKU di negara ini dapat menerima suntikan vaksin dengan lancar dan selamat.
Bermula dari semalam, Rabu (16.6.2021) hingga Jumaat (18.6.2021) sebanyak 80 suntikan vaksin akan diberikan kepada penerima. Manakala, pada minggu hadapan, Isnin (21.6.2021) adalah dianggarkan sebanyak 200 suntikan vaksin akan dapat diberikan kepada mereka yang dipanggil.
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
#WeServeWithLove