COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

VARIAN DELTA - Mutasi SARS-CoV-2 Paling Berbahaya Di Dunia Ketika Ini

Varian Delta B.1.617 pertama kali dikesan di India dan kini dilaporkan telah merebak ke 80 negara. Varian ini telah mencetuskan tsunami COVID-19 di India sehingga sistem perkhidmatan kesihatan di negara itu hampir lumpuh.

Kini, Varian Delta telah menjadi varian dominan di UK serta beberapa negara lain seperti Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Indonesia.

Juga dikenali sebagai Super Strain, Varian Delta dilaporkan 60% lebih cepat merebak dan membawa lebih banyak kematian.

Di Malaysia, hasil survelans genomik telah mengesan 13 kes jangkitan Varian Delta setakat 10 Jun lalu.

Bermula 24 Mei lalu, semua pengembara (rakyat tempatan sahaja) yang masuk ke Malaysi dari India, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan perlu menjalani kuarantin wajib selama 21 hari di pusat-pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan. (Lihat Berkaitan Pelanjutan Tempoh Kuarantin Wajib Bagi Pengembara Yang Tiba Di Malaysia)

20210618_VarianDelta

Rujuk : FB KKM

Next Post Previous Post