COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM ingin memaklumkan bahawa, di antara 20 Jun 2021 dan 22 Jun 2021,sebanyak enam (6) kes varian baharu virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan di mana kesemuanya adalah VOC iaitu;

  • Lima (5) kes varian Beta (B.1.351); dan
  • Satu (1) kes varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 189 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 173 kes adalah VOC manakala 16 kes adalah VOI.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

vocvoi1

vocvoi2

vocvoi3

Rujuk : KPKESIHATAN.COM

Next Post Previous Post