COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Jumlah Sampel Ujian COVID-19 menggunakan RT-PCR & RTK Antigen yang Diuji dalam Tempoh 14 hari.

Ingin dimaklumkan untuk tanda aras ujian Covid-19, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan ujian yang memadai adalah bagi setiap kes positif sekurang-kurangnya 10 kes negatif dan sebaik-baiknya 30 kes negatif.

Tambahan pula Isu yang kerap dihadapi oleh KKM ialah makmal bukan KKM lambat untuk memasukkan data kes negatif ke system infomasi maklumat kesihatan awam (SIMKA) setiap hari dan terutamanya pada hari cuti. Kes positif cepat dimaklumkan. Pun begitu kes harian yang dijalankan memadai tanda aras WHO dan angka kes negatif mungkin lebih daripada yang dilaporkan (denominator).

Dengan ujian RTK-Ag kendiri di rumah, perkara ini masih dibincangkan bagaimana dapat direkodkan dalam SIMKA. Harap maklum dan semoga dapat merungkai segala persepsi masyarakat.

saringan

Rujuk : FB Ketua Pengarah Kesihatan KKM

Next Post Previous Post