COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Tenang, sama-sama kita atasi wabak ini

KUALA LUMPUR, 2 Mei 2021 - YB Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr Adham Baba ketika diminta mengulas tentang kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India, dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1. menasihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar kekal bertenang.

Dr Adham mengajak masyarakat agar bersama-sama mengatasi wabak ini.

"Segala tindakan kesihatan awam untuk terus putuskan rantaian penularan perlu dilakukan untuk keselamatan rakyat secara bersama" ujar Dr Adham lagi.

Awal hari ini, kes mutasi berganda yang difahamkan menyumbang hampir 60 peratus daripada penularan secara besar-besaran di India ketika ini dikesan menerusi seorang warga republik itu yang tiba di Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Varian mutasi berganda, B.1.617.1 mula ditemui di India pada 27 April lalu dan laporan Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) mendapati ia menular di sekurang-kurangnya 17 negara di seluruh dunia, tiga hari kemudian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan mutasi berganda dari India itu mempunyai kadar pertumbuhan virus COVID-19 yang lebih tinggi, berbanding varian sedia ada di republik berkenaan, sekali gus dikhuatiri menjadi punca utama peningkatan jangkitan secara mendadak.

Rujuk : FB KKM

Next Post Previous Post