COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengesanan Variant of Interest (VOI) - Variant Indian B.1.617.1

Malaysia merekodkan kes pertama kemasukan varian COVID- 19 dari India, dengan mutasi berganda iaitu B.1.617.1 (P1).

Kes ini melibatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Mumbai, India.

Beliau telah masuk ke Malaysia menggunakan pas pekerjaan pada 10 April 2021 dan dikesan positif COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) pada hari yang sama.

Kes dikenalpasti dijangkiti varian Indian B.1.617.1 (P1) hasil analisis jujukan genom penuh (WGS).

Kes telah diasingkan dan sedang menerima rawatan.

Purple circleMalaysia telah mengadakan sekatan kemasukan pengembara bukan warganegara dari India, dan melanjutkan tempoh kuarantin 14 hari kepada pengembara warganegara dari India sejak 28 April 2021.

Rujuk : FB KKM

Next Post Previous Post