COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KLUSTER PALUT Dengan Sejarah Perjalanan Merentas Negeri-Negeri Zon Merah.

Kluster terbaru di Terengganu yang didaftarkan pada 9 Jan 2021. Kes indeks adalah seorang warga emas dari Dungun yang ada sejarah ke negeri zon merah dan berjumpa dengan anak dari zon merah lain pula.
Beliau didapati bergejala pada 22 Disember dan mendapat saringan di sebuah Hospital swasta di Terengganu dan dikesan positif pada 2 Jan 2021.
Bila disiasat kes indeks ini mempunyai seramai 89 orang kontak rapat. Hasil dari aktiviti kekeluargaan, beliau telah menjangkiti 10 orang kontak rapat, 5 generasi pertama dan 5 generasi kedua. 10 ahli keluarga ini termasuk adik beradik, suami adik, menantu, sepupu, anak saudara dan ibu ayah menantu. PPALUT molek.
Semua yang balik kampung atau mengadakan aktiviti kekeluargaan semua dengan niat nak jumpa anok beranok atau ziarah mak ayah tapi mereka tanpa sedar telah memberikan mudarat besar kepada ahli keluarga yang lain.
Bayangkan satu kes indeks membawa kepada 89 kontak rapat. Kalau 10 kes indek, kontak rapat mungkin akan mencecah 800 orang.
Jika begini keadaan sudah pasti Hospital dan Pusat Kuarantin kita akan penuh sekelip mata.
Justeru nasihat kami. TANGGUH DULU aktiviti kekeluargaan yang besar. Banyak mudarat dari baik. Tak PPALUT (tak sesuai) sekarang kita meneruskan aktiviti kekeluargaan sebegitu besar..
Sekarang adalah masa untuk DUDUK RUMAH dan PATUH SOP sepenuhnya bagi menjaga diri kita dan orang lain dari dijangkiti virus Covid 19.
PPALUT ni dalam bahasa Terengganu adalah bergaul molek.

Pesanan #PKNTrg
Dr Nor Azimi Yunus
Pengarah Kesihatan Terengganu

Rujuk : FB Ketua Pengarah Kesihatan KKM
Dipetik dari : FB Pengarah Kesihatan Terengganu

Next Post Previous Post