Klasifikasi Kematian Yang Melibatkan COVID-19
Terdapat 2 jenis kematian yang melibatkan COVID-19:
A. Kematian yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19
- kematian ini akan diumumkan oleh KKM dan termasuk di dalam statistik kematian COVID-19 Kebangsaan.
B. Kematian dengan COVID-19
- kematian ini tidak akan diumumkan oleh KKM. Walau bagaimanapun, masih termasuk di dalam pemantauan senarai kematian yang melibatkan COVID-19 di peringkat KKM.
Apabila terdapat kematian yang melibatkan COVID-19:
- Setiap kematian perlu melalui proses semakan dan perbincangan oleh pakar-pakar.
- Setelah perbincangan dan bersepakat, barulah laporan kematian dihantar ke Pusat (CPRC Kebangsaan). Jadi kadang-kadang proses ini akan mengambil masa.
- Waktu perbincangan, mereka akan lihat setiap kes dengan teliti bagi memastikan kematian tersebut disebabkan oleh jangkitan COVID-19 atau sebaliknya.
- Setelah laporan dikemukakan ke Pusat, Pusat melalui pasukan kematian COVID-19 akan meneliti laporan dan memuktamadkan laporan.
- Sekiranya kematian tersebut adalah disebabkan oleh COVID-19 mengikut garis panduan WHO, ianya akan diumumkan oleh Tan Sri DG dan akan termasuk di dalam statistik kematian COVID-19 Kebangsaan.
Contoh satu:
Kemalangan sehingga patah riuk, pendarahan sana sini.
Mati disebabkan kemalangan, tapi sewaktu disaring, COVID-19 positif. Mungkin pesakit hanyalah Stage 1 COVID-19 yang tidak mempunyai simptoms / gejala.
Penyebab kematiannya bukanlah disebabkan oleh jangkitan COVID-19 dan penyebab kematian adalah kemalangan.
COVID-19 bukan penyebab dia mati.
Contoh kedua:
Pesakit dimasukkan ke hospital sebab jangkitan COVID-19. Dirawat di dalam hospital dalam jangka masa yang lama.
Setelah beberapa minggu/ bulan di hospital, meninggal kerana jangkitan kuman bawaan lain atau pon masalah kesihatan lain.
Maka pesakit ini pada asasnya bukan kematian yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, walaupun dia masuk ke hospital pada mulanya disebabkan oleh jangkitan COVID-19. Kes-kes begini akan diteliti oleh pakar-pakar yang merawat bagi memastikan punca kematian sebenar.
Contoh ketiga:
Masuk hospital kerana heart attack, mati sebab heart attack.
Waktu saringan didapati positif COVID-19.
Maka dikira mati sebab heart attack, bukan mati disebabkan oleh jangkitan COVID-19.
Setiap kematian yang melibatkan COVID-19 (COVID-19 positif), samada kematian disebabkan jangkitan COVID-19 atau dengan COVID-19, jenazah tetap diurus seperti tatacara COVID-19 positif.
Keluarga dan kotak rapat tetap akan disaring, swab dan kuarantin.
Untuk yang bertanya di sosial media,
Saya cadangkan untuk kepastian, lebih baik tanya di hospital. Buat aduan melalui saluran rasmi. Atau boleh juga buat aduan melalui laman web SISPAA. Ini penting supaya keraguan anda terjawab, anda tidak diselubungi tanda tanya dan ianya tidak menimbulkan spekulasi.
Sumber:
Dr Nurilyani Bujang
Pakar Anaesthesiologi dan Rawatan Rapi
(dengan kerjasama Pasukan Kematian COVID-19 Kebangsaan)
Rujuk : FB KKM