KKM sasar turunkan kes menjadi antara 1000 ke 500 sehari
13 Januari 2021 -- Usaha melandaikan semula lengkungan graf jangkitan COVID19 di negara ini dijangka berhasil pada Mei atau Jun, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Jangkaan itu berdasarkan situasi semasa ketika ini dimana jumlah kes harian yang tinggi setiap hari dan kadar kebolehjangkitan atau R naught melebihi 1.0.

Dalam masa yang sama, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak boleh terlalu lama kerana memberi impak negatif kepada ekonomi negara. Melandaikan lengkungan graf atau flattening the curve bermaksud penularan jangkitan berjaya dikawal sepenuhnya dengan kes-kes jangkitan baharu yang sedikit. Dalam sidang akhbar pada Rabu, Dr Noor Hisham menjelaskan tempoh dua minggu ini sangat penting untuk mengelak kes daripada terus bertambah.
Katanya, KKM mensasarkan untuk menurunkan kes daripada purata 2,000 sehari kepada sekurang-kurangnya 500 sehari.
Bagaimanapun, katanya, tempoh 4 minggu mungkin diperlukan untuk mencapai sasaran itu dan berharap tidak perlu dilanjutkan lagi.
Justeru, KKM amat mengharapkan kerjasama semua untuk duduk di rumah dan jika perlu keluar untuk bekerja, patuhi sepenuhnya SOP dan langkah pencegahan.
Dengan mengehadkan pergerakan, usaha memutuskan rantaian jangkitan akan berhasil, katanya, Jika kes baharu berjaya diturunkan, kawalan pergerakan masih diperlukan mungkin secara PKPB untuk melandaikan lengkungan.
Rujuk : FB KKM