COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

SEMAKIN HARI SEMAKIN BANYAK KEMATIAN COVID-19

/ KEMATIAN

09 Januari 2020 -- Sejak memasuki tahun baru 2021, semakin bertambah kes kematian Covid-19 pada setiap hari. Setakat 9hb Januari 2021, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 yang telah dilaporkan adalah sebanyak 71 kes.
Bukan mudah untuk petugas menguruskan jenazah pesakit Covid-19. Mereka terpaksa memakai PPE lengkap dengan bermandi peluh dalam keadaan panas terik sehingga liang lahat dan sehingga selesai segala urusan pengebumian kes Covid-19.
Semoga kita semua memahami cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh setiap petugas barisan hadapan. Marilah bantu Negara dengan kita jaga kita, kita jaga keluarga kita. Semoga kita semua terlindung daripada musibah Covid-19.

Rujuk : FB Ketua Pengarah Kesihatan KKM

Next Post Previous Post