Apa Itu HERD IMUNITY (IMUNITI KELOMPOK)
Herd Immunity/imuniti kelompok ialah keadaan penularan jangkitan penyakit tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar masyarakat itu mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit itu.
Imuniti atau daya tahan itu diperoleh hasil imunisasi.
Menurut WHO, dianggarkan 60 hingga 70% populasi dunia perlu mempunyai daya tahan terhadap #COVID19 bagi membolehkan 'imuniti kelompok' dapat dicapai dan penularan #COVID19 dapat dikawal.
Malaysia bakal menerima vaksin #COVID19 bagi memenuhi keperluan lebih 80% rakyat.
Rujuk : Twitter KKM