COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

28 Disember 2020 - Merujuk kepada kenyataan yang telah diberikan pada 10 Disember 2020 melalui laman sosial Facebook, pejabat ini ingin memaklumkan perkembangan terkini PKRC MAEPS 2.0. Untuk makluman, terdapat penambahan kapasiti katil PKRC MAEPS 2.0 fasa ke dua sebanyak 3,032, menjadikan jumlah kapasiti katil sekarang adalah 6,132. Usaha ini merupakan salah satu langkah proaktif KKM bagi memastikan kesiapsiagaan hospital sentiasa berada di tahap optimum. Bilangan katil akan terus dipertingkatkan mungkin sehingga 10,000 katil mengikut keperluan semasa. Peningkatan kapasiti katil PKRC MAEPS 2.0 fasa ke dua melalui pembukaan dewan baru ini diperlukan kerana pertambahan kes positif COVID-19 yang berterusan.

Pengoperasian PKRC MAEPS 2.0 diletakkan di bawah kawalan Ketua Komander Wilayah Tengah iaitu Pengarah Kesihatan Negeri Selangor. Pengwujudan PKRC MAEPS 2.0 ini adalah hasil persetujuan sidang Majkis Keselamatan Negara (MKN) dan merupakan satu kolaborasi yang dipengerusikan bersama oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Agensi lain yang terlibat dalam usaha kolaborasi ini termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan MAEPS sendiri.

Datuk Dr. Hj. Rohaizat b. Hj. Yon
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
Kementerian Kesihatan Malaysia

Rujuk : FB Program Perubatan KKM

Next Post Previous Post