COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Wad Isolasi Hospital Semporna telah siap sepenuhnya dan mula digunakan pada 22 November 2020.

/ Kesiapsiagaan KKM

Wad Isolasi ini mempunyai 9 katil di mana 1 katil di Bilik Kelas Pertama dan 8 katil di Bilik di Wad biasa. Wad isolasi yang mempunyai tekanan negative (negative pressure isolation room) ini dilengkapi dengan HEPA Filter, 2 katil ICU, 2 alat ventilator termasuk 1 ventilator mudah alih (portable ventilator). Dengan adanya kemudahan ini, pesakit penyakit berjangkit seperti COVID-19 yang memerlukan ICU care atau HDW boleh dirawat dan diisolasi dengan lebih berkesan. Kemudahan ini juga akan mempertingkatkan kesiapsiagaan hospital menghadapi pandemik ini khususnya di pantai timur Sabah.

Semoga kesemua petugas kesihatan dan perubatan kita dipermudahkan untuk membendung dan merawat pesakit Covid-19. InshaAllah

Next Post Previous Post