Sumbangan Katil, Tilam dan Bantal oleh NADMA kepada Hospital Kuala Lumpur
HKL ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada NADMA di atas sumbangan 151 buah katil berserta tilam dan bantal. HKL telah memohon bantuan daripada NADMA pada petang jumaat 13 november 2020 dan bantuan telah tiba pada malam jumaat itu juga dan selamat di tempatkan di wad- wad MHKL (bangunan lama Hospital Bersalin Kuala Lumpur).
Syabas NADMA di atas tindakan pantas dalam membantu KKM amnya dan HKL khususnya merawat kes - kes Covid-19 yang semakin meningkat di Lembah Kelang.
HKL juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi lain yang turut membantu seperti:
Agensi yg terlibat:
- Depoh Simpanan Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia,
- SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team)
Sekalung penghargaan ke atas bantuan dan kerjasama kepada pasukan HKL dalam menyelaras dan menguruskan penghantaran katil-katil dari depoh simpanan ke MHKL pada 13 November 2020 (Jumaat).
Sehingga 14 November 2020, jumlah katil terkini di MHKL adalah sebanyak 358 buah katil. (pertambahan sebanyak 151 daripada jumlah asal 207).
Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Hospital Kuala Lumpur