COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Lawatan Pengurusan Tertinggi Program Perubatan bagi Meninjau Persiapan HKL Menghadapi Pandemik COVID-19


26 November 2020

Pada hari ini, saya bersama Pengurusan Tertinggi Program Perubatan yang terdiri daripada YBhg. Dato' Dr. Norhizan bin Ismail Pengarah Perkembangan Perubatan, Matron Devi Pengarah Bahagian Kejururawatan dan Puan Farina Zulkarnain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu telah hadir ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi meninjau persiapan HKL dalam menghadapi pandemik ini.

HKL diwakili oleh Pengarah HKL YBhg. Datuk Dr. Heric Corray, Timbalan Pengarah Klinikal I Dr Kamaruddin, Timbalan Pengarah Klinikal II Dr. Rusilawati (Merangkap Ketua Penyelaras Bilik Gerakan C19 HKL), Timbalan Pengarah Klinikal III Dr. Fairoz Azlim Muslim, Timbalan Pengarah Pengurusan Tn. Hj. Arzmi, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit Dr Leong dan Dr Khairil, Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat, Petugas - petugas Bilik Gerakan C19 HKL dan Blok Materniti.

Sesi bermula dengan sesi taklimat berkenaan persiapan HKL sebagai Hospital Hibrid C19 oleh YBhg. Pengarah HKL dan Dr Marzilawati, Pakar Perubatan Dalaman & Penyelaras Klinikal Bilik Gerakan C19 HKL. Antara perkara yang dibincangkan adalah berhubung persediaan dan kemampuan HKL, susunatur dan operasi Blok Materniti HKL serta isu-isu lain di HKL berhubung kesiapsiagaan ini. Sesi seterusnya dilanjutkan dengan sesi lawatan tapak di Blok Materniti HKL.

Pengurusan Tertinggi Program juga berkesempatan melawat Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur (WCHHKL) dan mengadakan sesi perbincangan bersama syarikat konsesi PROHAWK, Bahagian Pembangunan dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan berhubung defect dan perkara-perkara lain berhubung perkhidmatan hospital.

Ikhlas,

YBhg. Datuk Dr. Hj. Rohaizat bin Hj. Yon

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)

Kementerian Kesihatan Malaysia

Next Post Previous Post