MOBILISASI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN KKM DARI SEMENANJUNG MALAYSIA KE NEGERI SABAH
Rujuk : FB Ketua Pengarah Kesihatan KKM

Seramai 10 orang Penolong Pegawai Perubatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah dimobilisasi ke Kota Kinabalu dan Sandakan, Sabah pada hari ini. Pasukan ini akan bertugas di sana selama sebulan.
Mereka merupakan Penolong Pegawai Perubatan dari 3 buah hospital iaitu:
- Hospital Raja Perempuan Zainab II - 6 orang
- Hospital Tanah Merah - 2 orang
- Hospital Sultan Ismail Petra - 2 orang
Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.
Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira-wira negara ini.