COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

MOBILISASI PASUKAN KESIHATAN AWAM KKM DARI SEMENANJUNG MALAYSIA KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

/ Mobilisasi Kakitangan KKM

Seramai 8 orang pegawai dari Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah dimobilisasi ke Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini. Pasukan ini akan bertugas di sana selama sebulan.

Mereka merupakan pegawai pelbagai kategori dari beberapa buah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) JKN Kelantan iaitu:

  • 1 orang Pegawai Perubatan dari PKD Jeli
  • 3 orang Penolong Pegawai Perubatan masing-masing dari PKD Jeli (1), PKD Kuala Krai (1) dan PKD Pasir Puteh (1)
  • 4 orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran iaitu dari PKD Jeli (2) dan PKD Kuala Krai (2).

Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.

Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira dan wirawati negara ini.

Next Post Previous Post