MOBILISASI PASUKAN PERUBATAN FORENSIK DARI SEMENANJUNG MALAYSIA KE NEGERI SABAH
Rujuk : FB Ketua Pengarah Kesihatan KKM

Seramai 4 orang pegawai dari Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur telah dimobilisasi ke Hospital Tawau, Sabah pada pagi 18 Oktober 2020. Mereka terdiri daripada seorang Pakar Perubatan Forensik, 2 orang Pegawai Perubatan dan 1 orang Penolong Pegawai Perubatan.
Pasukan pakar ini akan menjalankan tugas perubatan forensik dan pengurusan kematian akibat COVID-19 di kawasan Timur Sabah. Bagi Pakar Perubatan Forensik tersebut, beliau akan bertugas di Tawau selama 3 bulan.
Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.
Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira-wira negara in