COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PKRC (DATA SEHINGGA 17/02/2022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 17 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): dua (2) negeri iaitu Johor (65%) dan Kelantan (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%.
  • Katil bukan ICU: sembilan (9) negeri iaitu Perak (99%), Kelantan (96%), Selangor (93%), Perlis (93%), Putrajaya (85%), W.P. Kuala Lumpur (84%), Johor (80%), Sabah (79%), dan Pahang (51%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%.
  • Katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC): lapan (8) negeri iaitu Perak (74%), Negeri Sembilan (73%), Selangor (71%), Terengganu (60%), Kelantan (59%) Sabah (58%), Kedah (51%), dan Pulau Pinang (50%), menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%.
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 141 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 36%

image-20

image-21

Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya didapati terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

Secara keseluruhannya kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19. Namun begitu setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas segera sekiranya didapati kapasiti fasiliti semakin penuh.

image-22

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 sehingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya semasa didiagnosa, mungkin seseorang pesakit tersebut adalah pada kategori 2A dan diisolasi di rumah menggunakan digital Home Surveilance Order (HSO), namun kesihatan beliau merosot ke kategori 3 lalu memerlukan kemasukan ke hospital.

Pada 17 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,469 kes. Daripada 1,469 kes ini:

  • 522 kes (35.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 947 kes (64.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

image-23

Seperti dilihat di Jadual 4, terdapat kes COVID-19 kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan secara pre-emptive ke PKRC dan hospital. Antara sebab kemasukan pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 ke hospital:

  • Medical emergency (contohnya: penyakit kencing manis, darah tinggi yang tidak terkawal, dsb);
  • Baru dikenalpasti menghidap penyakit tidak berjangkit yang tidak terkawal (contohnya darah tinggi atau kencing manis, dsb) semasa mendapat pemeriksaan di CAC;
  • Penjaga kepada pesakit Pediatrik dan Geriatrik;
  • Kes Obstetrik yang perlukan pemantauan rapi;
  • Pesakit Immunocompromised (HIV, pesakit yang sedang terima rawatan kemoterapi);
  • Kemasukan melalui wad kecemasan;
  • Keadaan rumah yang kurang sesuai; dan
  • Kes kanak-kanak:

    1. Kekurangan air di dalam badan;
    2. Demam berpanjangan dan kelesuan;
    3. Punyai penyakit kronik; dan
    4. Tiada penjaga

Rujuk : KPKESIHATAN.COM

Next Post Previous Post