COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA DALAM NORMA BAHARU

KKM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan perayaan ini. Dalam keriangan menyambut perayaan sewaktu pandemik COVID-19, langkah berjaga-jaga perlu diamalkan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga, terutamanya golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang menghidapi penyakit kronik. Oleh itu, KKM menasihati agar perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini disambut dengan norma baharu seperti berikut :

  • Melakukan ujian saringan kendiri sebelum berkumpul dan berkunjung;
  • Menghadkan bilangan orang yang berkumpul secara fizikal;
  • Mengelakkan daripada berkumpul atau berkunjung jika tidak sihat, walaupun ujian saringan kendiri adalah negatif;
  • Sentiasa memakai pelitup muka kecuali ketika menjamu selera;
  • Menjaga penjarakan fizikal apabila bertemu dengan individu yang bukan ahli serumah;
  • Memilih tempat bertemu dengan pengudaraan yang baik. Semua tingkap dan pintu perlu dibuka untuk meningkatkan pengudaraan.

cny-norm1

Selain itu, kerjasama yang padu dari pihak pengurusan rumah ibadat adalah sangat dihargai dalam memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 sepanjang musim perayaan ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak pengurusan adalah seperti di rajah di bawah.

cny-norm2

Previous Post