COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 162 kes baharu Variant of Concern (VOC) telah dilaporkan daripada 23 sehingga 25 Januari 2022. Institute of Medical Research (IMR) telah mengenalpasti 89 kes baharu, Faculty of Medicine University of Malaya (FOM-UM) telah mengenalpasti 71 kes baharu, manakala Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGI) telah mengenalpasti 2 kes baharu. Kesemua kes ini merupakan varian Omicron.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 7,056 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,036 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 6,188 kes varian Delta;
  • 601 kes varian Omicron;
  • 233 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti berikut:

image-37
image-38
image-39

Rujuk : KPK KKM

Next Post Previous Post