COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 462 kes baharu Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta telah dilaporkan daripada 19 Januari 2022 sehingga 22 Januari 2022. Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) telah mengenalpasti 278 kes baharu, Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGI) telah mengenalpasti 155 kes baharu, manakala Institute of Medical Research (IMR) telah mengenalpasti 18 kes baharu, dan Faculty of Medicine University of Malaya (FOM-UM) pula telah mengenalpasti 11 kes baharu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 6,894 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 6,874 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 6,188 kes varian Delta;
  • 439 kes varian Omicron;
  • 233 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta

lampiran-1-22-jan-2022
lampiran-1-jadual-2-22-jan-2022
lampiran-1-jadual-3-22-jan-2022

Rujuk : KPK KKM

Next Post Previous Post