TEMUJANJI VAKSINASI BAGI MEREKA YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR
Kementerian Kesihatan Malaysia amat bersimpati dengan kejadian banjir teruk yang melanda beberapa buah negeri di negara ini dan sedar ramai pihak terjejas dengan kejadian yang berlaku. Beberapa perkhidmatan tertentu juga terganggu termasuk perkhidmatan pemberian vaksin COVID-19.
KKM ingin memaklumkan bahawa temujanji vaksinasi bagi mereka yang terjejas akan di dipinda ke tarikh baru yang akan dimaklumkan dalam MySejahtera secepat mungkin. Anda juga boleh mendaftar sebagai senarai menunggu di PPV yang berdekatan setelah keadaan mengizinkan.
Rujuk : FB KKM