TREND KES KEMATIAN, ABP DAN ICU DI MALAYSIA SEHINGGA 25/09/2021
Trend kes kematian #COVID19, kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) dan kes ICU di Malaysia bagi tempoh 2 minggu terakhir. Trend mutakhir menunjukkan ketiga-tiga indikator ini terus menunjukkan penurunan secara konsisten.
Kes kematian sebenar (purata 7 hari) telah menurun daripada 211 (12 Sep) kepada 89 kes (25 Sep). Kes ABP yang aktif juga menurun daripada 724 (12 Sep) kepada 598 (25 Sep) manakala kes aktif ICU turut berkurangan daripada 1,339 (12 Sep) kepada 1,070 (25 Sep).
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh sesekali alpa dan berpuas hati dengan situasi ini kerana virus masih menular dalam komuniti kita. Terus amalkan SOP yang ditetapkan dan dapatkan vaksinasi bagi mereka yang layak.

Rujuk : FB KKM