COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

STATUS TERKINI SARINGAN COVID-19 DI PINTU MASUK UDARA DAN LAUT BAGI PROJEK RINTIS GELEMBUNG PELANCONGAN DOMESTIK LANGKAWI - 18/09/2021

Adalah dimaklumkan, pada 18 September 2021 iaitu sehingga jam 12 tengah hari, seramai 2,507 individu telah disaring melalui Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,326 individu telah menjalani saringan di lapangan terbang manakala 181 lagi individu telah disaring di Jeti Kuala Perlis.

Bagi jenis ujian yang dijalankan pula, seramai 2,481 individu telah menjalani ujian COVID-19 iaitu 2,468 RTK-Ag dan 13 RT-PCR. Manakala 26 individu lagi adalah kanak-kanak berumur enam (6) tahun dan ke bawah yang dikecualikan menjalani ujian COVID-19. Hasil daripada saringan ini, satu (1) individu positif COVID-19 telah dikenal pasti melalui ujian RTK-Ag di KLIA. Kes positif ini didapati berada dalam kategori satu (1) dan telah diberikan perintah Home Surveillance Order (HSO) untuk menjalani kuarantin di rumah selama tempoh 10 hari.

Daripada 2,507 individu yang disaring tersebut, seramai 2,506 individu telah diluluskan untuk meneruskan perjalanan ke Langkawi iaitu 2,325 melalui kapal terbang dan 181 melalui feri. (Rujuk Jadual 1). Bagi jumlah kumulatif kes, sila rujuk Jadual 2.

18921-1

18921-2

KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam apa keadaan sekalipun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Amalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, dan mencuci tangan dengan kerap. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari Pulau Langkawi, segeralah dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan COVID-19. Sekiranya kita mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan kembali menjadi teruk.

Rujuk : KPKESIHATAN.COM

Next Post Previous Post