COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Pemberian vaksinasi remaja secara berjadual di 156 PPV Awam, Integrasi dan sekolah bermula semalam 23 September 2021. Melalui pendekatan ini, pemberian vaksinasi secara walk-in hanya dibenarkan untuk remaja yang tidak bersekolah, remaja sedang belajar di IPTA/IPTS dan remaja yang ‘home schooling’.

Perkara ini telah ditegaskan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan 1 dan YB Timbalan Menteri Pendidikan 1 semasa sesi sidang media pada 22 September 2021.

Saya ingin menasihatkan Ibu bapa supaya tidak perlu bergegas ke PPV bersama anak untuk vaksinasi kerana jadual janji temu vaksinasi remaja dibuat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan dan Pendidikan Daerah terlebih awal.

Seterusnya pihak pengurusan sekolah melalui guru akan memaklumkan jadual vaksinasi mengikut giliran sekolah kepada ibu, bapa atau penjaga.

Ibu bapa atau penjaga mestilah membawa remaja mengikut tarikh janji temu yang ditetapkan. Kaedah vaksinasi berjadual dilakukan bagi mengelakkan daripada berlakunya kesesakan dan kluster jangkitan COVID-19.

Bagi murid sekolah berasrama penuh dan harian, janji temu akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera di mana remaja akan divaksinkan di sekolah atau PPV berdekatan tempat tinggal mereka. Tunggu sehingga janji temu diberikan di dalam MySejahtera.

Saya juga ingin mengingatkan semua PPV yang terlibat, pihak PKD dan juga PPD supaya mengikut arahan atau ketetapan yang telah diumumkan berhubung kaedah pemberian vaksin kepada remaja. Saya mohon supaya tidak ada arahan atau SOP yang berbeza diberikan kepada ibu bapa bagi mengelakkan kekeliruan.

YB Khairy Jamaluddin
Menteri Kesihatan
Sidang media khas 24 Sept 2021

Rujuk : FB KKM

Next Post Previous Post