HASIL KAJIAN PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19 DI MALAYSIA oleh RECoVaM
Satu kajian membuktikan pengambilan vaksin COVID-19 dengan dos lengkap adalah:
83% berkesan dalam mencegah kemasukan ke ICU
88% berkesan dalam mencegah kematian
88% berkesan mengurangkan risiko jangkitan
86% berkesan mengurangkan risiko jangkitan bergejala

Kajian itu dilakukan oleh Real-World Evaluation of Covid-19 Vaccines di bawah PICK (RECoVaM) dan diterajui Institut Penyelidikan Klinikal (ICR-NIH) KKM.
Kajian dijalankan bermula 1 April sehingga 12 Sept melibatkan 14,500,984 individu lengkap vaksinasi.
Daripada lebih 14.5 juta individu lengkap vaksinasi itu:
953 atau 0.0066% dimasukkan ke ICU
1,445 atau 0.010% kematian
Majoriti individu lengkap vaksin yang dimasukkan ICU dan kematian adalah warga emas dan mempunyai komorbid.
Hasil kajian ini telah dibentangkan oleh Pengarah ICR-NIH, Dr Kalai Peariasamy dalam sesi libat urus bersama media yang diadakan secara webinar semalam, 23 Sept.
Dalam kajian itu, AstraZeneca menunjukkan bilangan kes ICU dan kematian yang lebih rendah. Ini kerana bilangan penerima dos lengkap vaksin itu yang sedikit berbanding Pfizer dan Sinovac serta sebahagian besar penerima vaksin itu adalah golongan muda. Manakala vaksin Pfizer dan Sinovac diberikan kepada semua kumpulan umur termasuk golongan berisiko tinggi.
"Namun begitu, kajian ini telah membuktikan semua vaksin adalah berkesan," kata Dr Kalai.
SUMBER : TWITTER KKM