COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Pemberian vaksin kepada remaja 12-17 tahun secara walk-in berjadual di PPV awam dan integrasi akan bermula Khamis, 23 Sept.

Apakah maksud walk-in berjadual?

  • Remaja dengan seorang peneman akan pergi ke PPV yang telah ditetapkan pada tarikh dan masa yang diberikan oleh pihak sekolah. Sistem giliran ini bagi mengelak kesesakan di PPV dan risiko jangkitan COVID-19.

Siapa yang dibenarkan walk-in di PPV?

  • Remaja yang tidak bersekolah boleh walk-in di mana-mana PPV yang berdekatan tempat tinggal tetapi bergantung kepada kuota vaksin di PPV itu. Jika kuota pada hari itu habis, remaja itu akan diberi tarikh baru di PPV yang sama atau di klinik swasta berhampiran.

  • Pelajar IPTA/IPTS yang berumur bawah 18 tahun boleh walk-in di mana-mana PPV dengan menunjukan kad pelajar/metrik.

  • Ibu bapa atau penjaga perlu hadir bersama untuk menandatangani borang kebenaran vaksinasi.

Sumber : Twitter KKM

Next Post Previous Post