TINDAKAN YANG DIPERLUKAN BAGI MENGURANGKAN RISIKO DAN KESAN PEMBUKAAN SEMULA LEBIH BANYAK SEKTOR EKONOMI DAN SOSIAL
KKM mengambil maklum dan memahami kepentingan pengumuman Kerajaan mengenai pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat berdasarkan kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN), iaitu bagi mengimbangi usaha menyelamatkan nyawa (lives) serta aktiviti mata pencarian (livelihood). Pada masa yang sama KKM juga berusaha sedaya upaya dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan memfokuskan usaha untuk menangani risiko bagi mengelakkan pembentukan lebih banyak kluster.
Tindakan-tindakan KKM memerlukan kerjasama dan kepatuhan semua pihak agar ianya berjaya mengawal situasi semasa jangkitan COVID-19 di negara kita di mana ianya masih berada pada tahap yang membimbangkan. Kes harian masih menunjukkan purata tujuh (7) hari kes jangkitan COVID-19 sekitar 20 ribu kes sehari.

Secara keseluruhan terdapat sebanyak 2,913 kluster telah dilaporkan sejak permulaan fasa kedua gelombang ketiga iaitu pada 28 Mac 2021 (Minggu Epidemiologi ke-13). Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,549 kluster (53.2 peratus) adalah kluster tempat kerja dan 880 kluster (30.2 peratus) adalah kluster komuniti.
KLUSTER KOMUNITI
Sejak permulaan fasa kedua gelombang ketiga sehingga kini, KKM telah melaporkan sebanyak 880 kluster komuniti yang melibatkan:
- positif COVID-19;
- masih sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU);
- telah dilaporkan dalam kluster-kluster ini; dan
- 439 kluster masih aktif.
Negeri yang melaporkan kluster komuniti tertinggi adalah Kelantan (239 kluster; 27.2 peratus), Sarawak (171 kluster; 19.4 peratus), dan Sabah (94 kluster; 10.7 peratus).
Kluster komuniti yang dilaporkan ini berpunca daripada penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga atau kontak rapat seperti;
- Aktiviti ziarah-menziarahi keluarga atau penularan di kawasan kediaman (481 kluster);
- Komuniti di rumah panjang (44 kluster); dan
- Majlis sambutan perayaan (55 kluster).
Siasatan epidemiologi di lapangan mendapati bahawa walaupun telah ada larangan bagi mengadakan majlis sosial atau menerima pelawat dan tetamu, masih ada di kalangan anggota masyarakat yang menjalankan aktiviti ziarah menziarahi atau berkumpul dalam majlis dan seterusnya, mencetuskan kluster dalam komuniti.
KLUSTER TEMPAT KERJA
Bagi kluster kategori tempat kerja, bermula 28 Mac 2021 (Fasa kedua gelombang ketiga) sehingga 17 Ogos 2021, KKM telah melaporkan sebanyak 1,549 kluster tempat kerja yang melibatkan:
- positif COVID-19;
- masih sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU);
- telah dilaporkan dalam kluster tempat kerja ini; dan
- masih aktif dan di bawah tempoh pemantauan wabak.
Negeri yang melaporkan kluster tempat kerja tertinggi adalah Selangor (414 kluster; 26.7 peratus), Johor (322 kluster; 20.8 peratus), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (149 kluster; 9.6 peratus).
Tiga (3) sub-kluster tempat kerja tertinggi yang dilaporkan dalam tempoh ini melibatkan;
- Sektor pengilangan (780 kluster);
- Sektor perkhidmatan (260 kluster); dan
- Sektor pembinaan (181 kluster).
Usaha untuk menurunkan kluster di tempat kerja memerlukan penekanan terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di tempat kerja, pemantapan vaksinasi di kalangan pekerja serta penguatkuasaan yang tegas. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh KKM adalah seperti di bawah:
- Mengemaskini garis panduan COVID-19: Management Guidelines For Workplaces (ANNEX 25), untuk panduan dan rujukan pihak industri. Tindakan yang perlu diambil oleh majikan dan pekerja dalam memastikan jangkitan COVID-19 di tempat kerja dapat dicegah dan dikawal;
- Sesi libat urus bersama pemain industri pada 27 Julai 2021, 5 Ogos 2021 dan 17 Ogos 2021. Ianya juga telah melibatkan persatuan-persatuan seperti Malaysian Employer Federation (MEF), Federation of Malaysian Manufacture (FMM), SME Association, SME Corp., wakil dari kementerian seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), JKKP, Kementerian Sumber Manusia (KSM), dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
KKM ingin kembali menyarankan perkara berikut untuk sentiasa diamalkan dan diberi perhatian secara serius oleh semua pihak yang bertanggung jawab seperti ketua unit komuniti/majikan dan individu /pekerja;
Oleh itu, kita wajar mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa sebelum ini sehingga membawa kepada banyak kematian akibat COVID-19, serta penutupan pelbagai sektor ekonomi dan sosial berikutan peningkatan kluster di tempat kerja dan kluster komuniti. Kita seharusnya sama-sama mengambil rasa tanggungjawab dalam memelihara negara daripada terus dibelenggu oleh pandemik COVID-19. Semoga unit kehidupan kita dapat segera pulih dan berfungsi seperti sedia kala bagi memacu negara ke arah yang lebih sejahtera.
Rujuk : KPKESIHATAN.COM