COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

200,000 Dos Vaksin CanSino Tiba Di Malaysia.

/ CanSino

PUTRAJAYA: Malaysia akan memulakan pemberian vaksin satu dos apabila menerima sejumlah 200,000 dos vaksin CanSino daripada pembekal CanSino Biologics, China, hari ini.
Ketibaan vaksin berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.50 pagi dengan penerbangan MAS Kargo menggunakan pesawat MH361 dengan dari Beijing, China disambut oleh Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Vaksin CanSino ini adalah vaksin dos tunggal, single dose yang pertama sampai untuk digunakan dalam program Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia. Ketika ini, tiga jenis vaksin diberikan untuk penduduk Malaysia di bawah PICK, iaitu Cominarty (Pfizer BioNTech), CoronaVac (Sinovac) dan AstraZeneca. Manakala satu lagi vaksin iaitu Johnson & Johnson turut telah mendapat kelulusan bersyarat.

Sebanyak 200,000 dos vaksin CanSino berbentuk “finished product” telah diterima hari ini, iaitu sebahagian daripada 3.5 juta dos vaksin CanSino yang telah ditempah oleh Malaysia dengan penghantaran dibuat secara berperingkat.

Vaksin CanSino ini diterima daripada pembekal, Solution Biologics yang merupakan Pemegang Pendaftaran Produk bagi vaksin CanSino di Malaysia. Vaksin CanSino mendapat kelulusan penggunaan bersyarat untuk kegunaan kecemasan di Malaysia oleh Pihak Berkuasa Bekalan Dadah (PKBD) pada 15 Jun yang lalu.

Bekalan vaksin CanSino ini akan dapat memperhebatkan lagi PICK terutamanya di kawasan yang rendah akses dan seterusnya membantu Malaysia mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara mengikut garis masa yang ditetapkan.

Rujuk : FB KKM

Next Post Previous Post