SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Institut Mara (UiTM) Selangor, dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Institute of Health and Community Medicine (IHCM) telah mengenalpasti sebanyak 265 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).
IMR telah mengenalpasti sebanyak 39 kes varian Delta (B.1.617.2), iPROMISE telah mengenalpasti sebanyak 48 kes varian Delta (B.1.617.2) manakala Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Institute of Health and Community Medicine (IHCM) pula telah mengenalpasti sebanyak 178 kes varian Delta (B.1.617.2).
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,221 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,201 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 978 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, 4 kes varian Kappa, dan 3 kes varian Eta.
Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran.








Rujuk : FB KP KKM