COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Kesiapsiagaan KKM bagi Menangani COVID-19

/ Kesiapsiagaan KKM

Antara langkah yang telah dilakukan bagi meningkatkan kapasiti hospital merawat kes-kes COVID-19 yang serius adalah dengan mempertingkatkan bilangan katil unit rawatan rapi (ICU) di hospital COVID-19.

Ini termasuk menukarfungsi atau ‘repurpose’ lain-lain kawasan dalam hospital untuk dijadikan ICU sementara. Kawasan yang dimaksudkan termasuklah dewan bedah, ruangan pemulihan dan wad-wad biasa.

Seperti yang tertera dalam graf ini, jumlah katil ICU ‘repurpose’ yang diwujudkan telah meningkat semenjak tahun lepas dan usaha ini melibatkan pembelian peralatan perubatan tambahan seperti ventilator, patient monitors, syringe pumps, video laryngoscope, PAPR dan lain-lain. Selain itu, tiga Modular ICU telah disediakan dan beroperasi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Kepala Batas dan Hospital Melaka.

Walaupun bilangan katil ini telah meningkat, kadar penggunaan katil ICU ini masih tinggi dan ada negeri yang mencatat penggunaan melebihi 80%.
Perkhidmatan rawatan kritikal memerlukan kekuatan anggota perubatan yang terlatih dan berkemahiran termasuk jururawat yang dilatih khas (ICU-trained nurses) agar rawatan yang diberikan adalah selamat dan berkesan.

Selain daripada usaha berterusan barisan hadapan di lapangan serta tindakan kesihatan awam, kita berdoa agar jumlah kes dengan gejala yang serius (kategori 4 & 5) akan dapat dikurangkan selari dengan peningkatan kadar vaksinasi di negara kita.

siapsiaga1

Rujuk : FB KKM

Next Post Previous Post