COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Status Jumlah Saringan COVID-19 di Malaysia Sehingga 16/07/2021

/ SARINGAN COVID-19

Secara umumnya, jumlah sampel COVID-19 (ujian RT-PCR dan RTK-Ag) yang diuji untuk tempoh 14 hari kebelakangan menunjukkan tren menaik. Pada 16 Julai 2021, jumlah ujian keseluruhan adalah 132,935 di mana 65,171 ujian rt-PCR dan 67,764 RTK-Ag telah dijalankan. Negeri Selangor telah menjalankan jumlah ujian tertinggi iaitu 46,681 ujian, WP Kuala Lumpur 16,500 ujian dan Johor pula 10,611 ujian.

Masih terdapat kapasiti untuk menjalankan lebih banyak ujian dan ianya masih boleh ditambahkan lagi misalnya di makmal-makmal swasta. Kapasiti ini akan digunapakai sebaiknya bagi menjalankan ujian COVID-19 terutama bagi saringan bertumpu (targeted testing).

Rujuk : FB KKM

Next Post Previous Post