PENINGKATAN KES SEJAJAR DENGAN PENINGKATAN UJIAN SARINGAN COVID-19
Hari ini Malaysia merekodkan jumlah harian COVID-19 tertinggi sepanjang pandemik melanda dengan nilai lima angka iaitu melebihi 11,000 kes. Ini adalah sejajar dengan jumlah kenaikan saringan bermula daripada 6 Julai hingga 12 Julai 2021 iaitu sebanyak 825,373 ujian telah dijalankan (termasuk RT-PCR dan RTK-Ag). Perbezaan ketara dapat dilihat di mana jumlah ujian pada minggu sebelumnya (29 Jun 2021 sehingga 5 Julai 2021) hanyalah sebanyak 624,645 ujian. Peningkatan sebanyak 32 peratus dapat dilihat antara julat masa tersebut. Jumlah ujian harian tertinggi dalam tempoh dua (2) minggu juga telah dilaporkan pada 12 Julai 2021.

Jumlah penggunaan ujian RTK-Ag pada 12 Julai 2021 telah meningkat 56.4 peratus dari ujian keseluruhan harian. Ini adalah kerana beberapa negeri yang mempunyai kadar positiviti kes COVID-19 melebihi 10 peratus bagi tempoh tujuh (7) hari berturut-turut, dibenarkan untuk menjalankan ujian RTK-Ag sebagai pengesahan kes seperti beberapa daerah di Selangor dan semua daerah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Negeri Selangor adalah penyumbang utama peningkatan ujian RTK-Ag dijalankan iaitu sebanyak 44.5 peratus diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (9.8 peratus), dan Johor (6.2 peratus).
Bagi pecahan ujian yang dilakukan di fasiliti kesihatan, 57.7 peratus atau 30,343 ujian RT-PCR dilakukan oleh makmal swasta sama ada saringan dibuat oleh Pengamal Perubatan Swasta (GP) ataupun penyumberluaran ujian ke makmal-makmal swasta oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mempercepatkan proses serta meningkatkan kapasiti makmal sedia ada. Selain itu, makmal-makmal swasta ini juga menyumbangkan peratus terbesar dalam ujian penggunakan RTK-Ag iaitu sebanyak 52,115 ujian (76.8%). Kemungkinan tahap kesedaran di kalangan masyarakat telah meningkat susulan beberapa kali diseru KKM untuk menjalani ujian bagi mereka yang bergejala atau merupakan kontak rapat.
Selaras dengan perkembangan terkini ini, setiap masyarakat dinasihatkan untuk terus melaksanakan tindakan-tindakan kawalan dan pencegahan berikut;
- sekiranya tiada urusan yang mendesak di luar;
- yang ditetapkan walaupun telah menerima dos lengkap suntikan vaksin;
- sekiranya bergejala atau merupakan kontak rapat kepada kes positif;
- sementara menunggu keputusan ujian;
- yang terdekat bagi menjalani penilaian dan pemeriksaan kesihatan. Rancang perjalanan dan hadir awal ke CAC bagi mengelakkan kesesakan (untuk makluman, operasi CAC di Selangor telah dipanjangkan kepada tujuh (7) hari seminggu);
- sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok.
Rujuk : KPKESIHATAN.COM