Pendaftaran Sebagai Sukarelawan “Greater Klang Valley Special Task Force”
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia - Pendaftaran Sebagai Sukarelawan “Greater Klang Valley Special Task Force”
GKV STF memerlukan khidmat orang ramai untuk mendaftar sebagai sukarelawan untuk menjalankan tugas-tugas berikut : -
- Pengesahan kes positif baharu (melalui panggilan telefon)
- Pengesanan kontak (melalui panggilan telefon)
- Menguruskan data (Microsoft Excel/Microsoft Word)
- Membantu tugas-tugas pentadbiran.
- Membantu petugas kesihatan di fasiliti kesihatan (memantau dan memberikan bantuan bukan klinikal kepada pesakit di dalam wad)
- Pengurusan jenazah COVID-19 di Jabatan Forensik.
Orang ramai boleh mendaftar dengan melengkapkan borang di pautan berikut :-
https://bit.ly/volunteerGKVSTF
