COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

COVID-19: Beri ubat Baricitinib elak radang paru-paru

/ Baricitinib

SHAH ALAM: Hospital di seluruh negara yang merawat pesakit Covid-19 dilapor memberikan ubat bagi mencegah radang paru-paru, Baricitinib bagi mengelakkan peralihan daripada tahap rendah kepada lebih kritikal

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, mereka akan diberikan ubat berkenaan dalam jumlah di antara dua hingga empat miligram (ml) bagi mencegah risiko pesakit menghidapi radang paru-paru.

“Maklumat berhubung peningkatan atau peralihan pesakit daripada pesakit kategori satu kepada keadaan yang lebih meruncing adalah sangat dinamik.
“Kita akan gunakan satu formulasi ubat baharu untuk kita halang escalating ini iaitu ubat Baricitinib sama ada dua ml atau empat ml untuk digunakan kepada pesakit bagi mencegah escalating tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika menghadiri sesi penyerahan kelompok akhir vaksin Covid-19 Sinovac bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Adham turut memaklumkan sejumlah 12.4 juta vaksin jenis Sinovac yang diimport dan dibekalkan oleh syarikat Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) mencakupi 22.5 peratus penduduk di negara ini.

Beliau menambah, keupayaan Sinovac dibuktikan menerusi terbitan New England Journal of Medicine yang melaporkan vaksin buatan China itu mampu mengurangkan jangkitan Covid-19 sebanyak 65.9 peratus dan 87.5 peratus mengelak daripada dimasukkan ke hospital.
“Selain daripada ia mengurangkan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 90.3 peratus dan mengurangkan kematian sebanyak 86.7 peratus dan keberkesanan Sinovac sungguh meyakinkan.

“Sekiranya kita melihat kepada 14.4 juta dos seperti dikatakan Timbalan Perdana Menteri tadi, bermakna kita cover 22.5 peratus penduduk di negara kita dengan vaksin Sinovac,” jelasnya.
Mengulas mengenai program vaksinasi kepada remaja, Adham menjelaskan ketika ini kerajaan menumpukan kepada usaha menyelesaikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) penerima 18 tahun ke atas terlebih dahulu.

Ujarnya, pihaknya akan menunggu data klinikal lanjut daripada pihak Pfizer International berhubung vaksinasi golongan berkenaan.

“Pfizer yang telah pun memberikan data klinikal untuk remaja 12 hingga 17 tahun melalui taklimat daripada Pfizer International sendiri minggu lepas bahawa serangan otot jantung dan pericarditis (serangan lapisan luar jantung) berlaku cuma tidak ada mortality daripada kes tersebut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Rujuk : FB KKM
Sumber : UTUSAN Online

Next Post Previous Post