Status Terkini Kes COVID-19 "Brought In Death" (BID) Dari 14/05/2021 hingga 14/06/2021
Brought In Death (BID) merujuk kepada kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital.
- Proses pengesahan kematian dilakukan pakar forensik
- Ujian makmal RT PCR akan dilakukan bagi mengetahui status COVID-19 jenazah
- Proses pengesahan punca kematian akan dijalankan oleh Pasukan Forensik hospital.
Sekiranya punca kematian akibat jangkitan COVID-19:
- Kes diklasifikasikan sebagai Brought In Dead COVID-19
- Mayat akan diuruskan mengikut SOP ditetapkan KKM
Info
- 1 Jan hingga 14 Jun 2021 - 370 kes BID
- Sepanjang 2020 - 136 kes BID
Peringatan
- Jika bergejala atau kontak kepada kes positif, lakukan pemeriksaan dan ujian saringan.
- Jika gejala semakin teruk, dapatkan rawatan segera. Hubungi 999 jika kecemasan.

Rujuk : Twitter KKM