COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM ingin memaklumkan bahawa survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2 dijalankan secara berterusan. Daripada 3 Jun 2021 sehingga 8 Jun 2021, sebanyak 23 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang dilaporkan di mana kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu;

  • 19 kes varian Beta (B.1.351); dan
  • Empat (4) kes varian Delta (B.1.617.2).

Kes varian Beta (B.1.351) yang telah dilaporkan adalah merangkumi lapan 8 kes di Selangor, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya, masing-masing dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, dan Kedah, serta masing-masing satu (1) kes di Perak dan Perlis.

Manakala empat (4) kes baharu bagi varian Delta (B.1.617.2) adalah masing-masing dua (2) di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sehingga 9 Jun 2021, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 161 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 145 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI.

VOI yang dilaporkan pula adalah seperti berikut, iaitu:

  • 12 kes adalah varian Theta (P.3) (kesemua kes jangkitan tempatan);
  • Tiga (3) kes adalah varian Eta (B.1.525) (kesemua kes jangkitan impot); dan
  • Satu (1) kes varian Kappa (B.1.617.1) (jangkitan impot).

vocvoi

KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2, memperbanyakkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti.

Masyarakat dinasihatkan untuk segera tampil mendaftarkan diri dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin dalam usaha membantu negara dalam membentuk imuniti kelompok. Ini juga merupakan salah satu langkah bagi mengekang kesan buruk penularan varian dalam kalangan komuniti.

Rujuk : KPKESIHATAN.COM

Next Post Previous Post